News

 

Refleksi 1 Perbendaharaan (Bulan 9 & 10)

Posted on 11 Oct 2011

Refleksi 1 Perbendaharaan telah diadakan pada 03.10.2011 di Ruang Legar, Menara Pelita. Dalam Refleksi kali ini, Akauntan Negeri mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah menerima pingat dan darjah kebesaran Negeri  Sarawak sempena Hari Jadi Ke-90 TYT. Penerimaan pingat ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri ke atas sumbang bakti pegawai-pegawai. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Tadbir dan jawatankuasa  kerana kejayaan mengurus satu pasukan mantap dalam perbarisan semasa Hari Jadi TYT pada 24.09.2011 yang lepas.

'slide show' hari refleksi 1 perbendaharaan bulan september dan oktober 2011

Akauntan Negeri juga menekankan agar semua pegawai melaksanakan KPI masing-masing dan memastikan KPI dan pengeluaran kerja masing-masing tercapai. Beliau juga menzahirkan rasa istimewa beliau atas kejayaan pasukan SKIP mendapat Anugerah Cemerlang di Peringkat Antarabangsa yang telah diadakan di Yokohama, Jepun pada bulan September yang lalu.

Satu keistimewaan dalam Refleksi kali ini adalah sambutan Hari Lahir Akauntan Negeri yang mana disambut bersama dengan pegawai-pegawai yang hadir semasa perhimpunan refleksi. Tidak ketinggalan juga bagi pegawai-pegawai yang menyambut hari lahir bagi bulan September dan Oktober.

gambar penyampaian hadiah hari jadi pegawai oleh akauntan negeri sarawak



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman