News

 

Kelas Bimbingan Peperiksaan Subjek Jabatan Sesi 2/2011

Posted on 19 Oct 2011

Kelas Bimbingan Peperiksaan Subjek Jabatan Sesi 2/2011 telah diadakan pada 13.10.2011 bertempat di Bilik Konferan 2, Pustaka Negeri Sarawak. Kelas Bimbingan diadakan mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang. Fasilitator yang dilantik adalah Puan Juliana Binti Hadari, Akauntan Dana. Jumlah calon-calon yang hadir ke Kelas Bimbingan tersebut adalah seramai 27 orang. Calon-calon adalah daripada Kementerian, Jabatan Perbendaharaan Negeri, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Hutan, Pejabat Residen, Jabatan Undang-Undang dan Jabatan Kehakiman Syariah. Pihak Jabatan Perbendaharaan mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan pada 24.10.2011 nanti.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman