News

 

Petikan Dari Akhbar Utusan Borneo - Sabtu, 29 Oktober 2011

Posted on 03 Nov 2011

Tajuk Artikel : Perkembangan KIK dalam PANS catat trend Positif

Kapit:....Usaha berterusan Jabatan Ketua Menteri dalam memupuk serta memperkukuhkan budaya kerja berteras inisiatif kualiti dan inovasi telah menampakkan hasilnya apabila Kumpulan SKIP daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima pengiktirafan mewakili Malaysia  menyertai Konvensyen KIK Peringkat Antarabangsa di Pusat Konvensyen Pacifico di Yokohama, Jepun.

Picture

TAHNIAH: Akauntan Negeri Sarawak, Encik Jumastapha Bin Lamat (kiri) menyerahkan sijil Anugerah Cemerlang yang dimenangi oleh Kumpulan SKIP kepada Setiausaha Kerajaan  Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (kanan) pada Majlis Makan Malam Penghargaan Ahli Panel Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di Kuching pada 21 September lepas.

Mereka telah dianugerahkan Anugerah Cemerlang oleh penganjur. Sebanyak 184 kumpulan daripada 14 negara di rantau Asia Pasifik termasuk dari negara-negara Afrika dan Amerika Syarikat telah terpilih untuk menyertai konvensyen tersebut yang berlangsung dari 11 hingga 14 September 2011.

Dengan adanya penyertaan ini maka ia menjadi pemangkin untuk mencapai visi perkhidmatan awam bertaraf dunia.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman