News

 

Taklimat Perbendaharaan Bahagian Kota Samarahan

Posted on 14 Nov 2011

gambar pegawai yang hadir sesi taklimat

Satu Taklimat Perbendaharaan telah diadakan di Pejabat Perbendaharaan Bahagian Kota Samarahan pada 9 November 2011 yang lepas. Semua pegawai di Pejabat Perbendaharaan Bahagian Kota Samarahan telah hadir ke sesi taklimat ini. Turut serta adalah Pemangku Akauntan Perbendaharan Kota Samarahan, Encik Judas Ligon.

Dalam sesi taklimat ini pegawai didedahkan dengan Pelan Strategik Korporat bagi tahun 2008-2012 yang telah disampaikan oleh En. Raca Mulong. Pegawai juga telah diberikan taklimat berhubung dengan Balance Scorecard Korporat dan Bahagian.

Encik Awang Sahmat, Penolong Akauntan Negeri (Inspektorat) telah memberikan taklimat berhubung dengan Indeks Akauntabiliti dan pencapaian e-Treasury bagi tahun 2009-2011 kepada semua pegawai yang hadir.

taklimat disampai oleh encik raca

taklimat disampaikan akauntan perancangan

Taklimat ini bertujuan menambahkan pengetahuan pegawai dengan pelan strategik jabatan bagi merealisasikan visi dan misi jabatan. Ianya juga bertujuan untuk memberikan perkongsian ilmu serta pemahaman pegawai dalam pencapaian  jabatan.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman