News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (November 2011)

Posted on 29 Nov 2011

Refleksi 1Perbendaharaan bagi bulan November 2011 telah diadakan pada 3hb November 2011 (Khamis), jam 8.15 pagi bertempat di Ruang Legar, Tingkat Bawah Menara Pelita. Turut serta adalah wakil daripada Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Kota Samarahan. Akauntan Negeri dalam Refleksi kali ini menekankan 2 isu penting iaitu memastikan Akaun 2011 jabatan tidak bermasalan dan sifar kueri audit.

Setiap pegawai diingatkan untuk membuat persediaan yang baik dan lengkap dalam memastikan Akaun Awam dapat diserahkan kepada pihak Audit pada tarikh sasaran. Untuk isu audit, semua pegawai diingatkan agar tidak ada kueri audit dibangkitkan terutama terhadap isu-isu lapuk, berulang, isu-isu remeh yang timbul akibat kelalaian individu. Akauntan Negeri Sarawak juga meningatkkan agar semua Ketua Seksyen mengambil langkah-langkah preventif dan langkah-langkah positif.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Laman Web kerana berjaya memperolehi pencapaian 4 bintang dalam Penilaian Laman Web tahun 2011 dan juga amat berbangga dengan kejayaan Kumpulan SKIP apabila sekali lagi mengondol 3 bintang (tertinggi) semasa pertandingan di peringkat Kebangsaan atau Konvensyen ICC kelolaan MPC pada 19 & 20 Oktober 2011 yang lepas.

Beliau juga memaklumkan bahawa jabatan dalam usaha meluaskan "Corporate Social Resposibility" kepada organisasi awam selain daripada program Rakan Perbendaharaan yang masih lagi dijalankan pada Pusat Tanggungjawab yang telah dipilih. Beliau juga berharap agar CSR ini akan memperlihatkan impaknya lebih meluas di seluruh Sarawak.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman