News

 

Agenda Perbendaharaan 2012

Posted on 13 Dec 2011

Bengkel Agenda Perbendaharaan 2012 Jabatan Perbendaharaan Negeri telah dirasmikan oleh Akauntan Negeri Sarawak pada 10 Disember 2012 di Damai Puri Resort & Spa, Kuching. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua kakitangan di Ibu Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak dan juga 2 wakil di setiap Perbendaharaan Bahagian.

suasana bengkel agenda perbendaharaan 2012

Akauntan Negeri dalam Bengkal Agenda Perbendaharaan ini juga telah merasmikan pelancaran Pelan Integriti Jabatan (PIN) dan Penyerahan Sijil Perlantikan Rakan KIPAS kepada wakil Majlis Islam Sarawak. Antara lain aktiviti adalah persembahan slaid aktiviti Jabatan sepanjang tahun 2011 dan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pegawai yang Mengekalkan Prestasi Cemerlang dan Anugerah Khas Pegawai-pegawai JPNS.

gambar pegawai semasa agenda perbendaharaan 2012

Bengkel Agenda Perbendaharaan 2012 ini menekankan pelan Perancangan Strategik Jabatan 2012 dan pencapaian kepada Pelan Perancangan Strategik Jabatan 2011. Setiap Ketua Seksyen dan Ketua Unit telah memberikan penerangan berhubung pencapaian Pelan Perancangan Strategik bagi tahun 2011 serta Pelan Perancangan Strategik 2012 masing-masing dan dirumuskan oleh Akauntan Negeri Sarawak.

ketua unit dan ketua seksyen sedang memberikan persembahan

Disamping itu juga, Kumpulan KIK SKIP 3 telah membuat persembahan mereka pada sesi petang. Di bawah adalah antara gambar ragam-ragam pegawai dan suasana bengel.

ragam peserta bengkel

 

antara pegawai yang bertugas di bengkel agenda perbendaharaan

 

Picture

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman