News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Disember 2011)

Posted on 23 Dec 2011

Refleksi 1Perbendaharaan bagi Bulan Disember 2011 telah diadakan pada 07.12.2011 di Ruang Legar, Menara Pelita. Akauntan Negeri dalam ucapannya kali ini menyentuh konsep inovasi dan kreativiti sebagai usaha mencipta dan mengubah atau menambahbaik cara lama supaya kita lebih cepat dan berkesan untuk memantap sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan. Konsep ini bermakna kepada Jabatan kerana semua pembaharuan yang dibuat melalui KIK, 5S, KFA, 6Ps, BSC hendaklah diterjemahkan kepada output yang 'visible'. Iaitu budaya kerja dapat memberikan manafaat hasil berimpak tinggi yang dapat mengoptimumkan kepuasan pelanggan.

Beliau menegaskan budaya memperbaharuan bukan suatu yang asing kerana Jabatan membudayakan konsep ini telah lama. jabatan telah memperbaiki proses kerja dan memasukkan unsur-unsur baru dalam membuat keputusan serta menyediakan latihan yang bersesuain dengan kehendak peraturan. Ini untuk memastikan perkhidmatan Jabatan lebih berkesan selaras dengan kenyataa MISI dan OBJEKTIF jabatan.

Akauntan Negeri mengingatkan bahawa Jabatan lebih memberikan perkhidmatan berbentuk 'intangible' daripada 'tangible' seperti perkhidmatan memproses bayaran, memproses gaji dan pengeluaran akaun. Inovasi dan kreativiti perlu lebih cenderung kepada membuat pembaharuan melalui penggunaan ICT untuk semua proses kerja dalam usaha jabatan untuk maju ke hadapa selaras dengan menyesuaian diri kepada persekitaran ICT yang lebih mencabar tidak dapat dielakkan.

Di akhir ucapatama Akauntan Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2012



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman