News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Januari 2012)

Posted on 16 Jan 2012

Refleksi 1 Perbendaharaan untuk bulan Januari 2012 telah diadakan pada 11 Januari 2012 bertempat di Ruang Legar, Menara Pelita. Dalam ucaptama, Akauntan Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pegawai yang hadir ke sesi Refleksi. Beliau mencapaikan rasa bersyukur dan syabas kepada semua pegawai di atas prestasi jabatan yang amat membanggakan pada tahun 2011 sama ada prestasi di peringkat Jabatan, Negeri, Negara dan Antarabangsa.

Picture


Akauntan Negeri Sarawak juga mengingatkan semua pegawai akan cabaran yang akan dilalui pada tahun 2012. Permulaan tahun 2012, dimulakan dengan satu misi negeri yang penting iaitu menyediakan Penyata Akaun Awam Negeri Sarawak 2011 selewat-lewatnya Mac 2012. Beliau juga mengingatkan agar usaha-usaha bersama dilaksana untuk mencapai Pelan Strategik 2012 dalam bentuk Balanced Scorecard 2012 seperti yang digubal pada Disember 2012. Semua Ketua Seksyen diminta untuk memastikan objektif Jabatan tercapai.

Beliau memaklumkan pengumuman perlantikan pengerusi beberapa projek-projek khas yang telah pasti untuk Jabatan mengambil bahagian dalam tahun 2012 dalam usaha menjulang nama baik Jabatan. Antara projek berkenaan adalah Key Focus Activity (KFA), Indeks Akauntabiliti, Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak 2012 dan Perdana Menteri, KIK dan 5S.

Akauntan Negeri Sarawak berharap pelantikan yang diumumkan dapat menambahkan kekentalan dalam Jabatan menghadapi semua pertandingan-pertandingan di atas dengan penuh yakin dan bersemangat. Beliau juga berharap agar semua pegawai yang dilantik untuk menganggotai jawatankuasa nanti akan memberikan sepenuh tenaga menjayakan aspirasi Jabatan.

Semua pengerusi dan ahli jawatankuasa yang dilantik diminta memain peranan aktif dalam menjayakan projek-projek mereka. Bukan sekadar 'middleman' atau memantau sahaja tetapi menjadi daya penggerak dan pemikir tunggal dari mula sampai akhir bagi memastikan kemenangan Jabatan. Semua jawatankuasa hendaklah mengambil fungsi dan mencabar 'submission' yang diberi oleh penyelia laporan serta memastikan ianya memenuhi criteria yang disediakan.

Misi kedua jawatankuasa adalah untuk mengatur pertandingan dalam bagi projek-projek itu. Misalannya, pertandingan kaunter antara PB, pertandingan KIK antara PB, pertandingan Indeks Akauntabliti antara Perbendaharaan Bahagian. Semua pengerusi-pengerusi diminta untuk menjadi 'Officer In-Charge' bagi kategori masing-masing dan membuat pelan tindakan masing-masing.

Bagi mengakhiri ucapan, Akauntan Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pegawai yang berbangsa Cina dan Selamat memulakan tugas dalam tahun 2012.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman