News

 

Taklimat Format Baru Skima Pemarkahan Projek KIK 2012(Zon Kuching)

Posted on 07 Feb 2012

Jawatankuasa Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan satu taklimat bagi memperkenalkan format baru skima pemarkahan projek KIK 2012 bagi Zon Kuching pada 07.02.2012 yang lalu. Taklimat tersebut disampaikan oleh En. Christopher Danan Binjie selaku Pengerusi Jawatankuasa KIK Jabatan dan juga En. Judas anak Ligon yang merupakan fasilitator bagi Kumpulan KIK SKIP 5 Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. 

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai proses projek KIK mengikut format dan skima pemarkahan projek KIK yang akan digunapakai pada konvensyen peringkat zon pada bulan Mei 2012 kelak. Taklimat ini juga diadakan bagi memastikan perancangan kumpulan-kumpulan KIK dari setiap seksyen dan perbendaharaan bahagian adalah selari dengan jadual persediaan konvensyen jabatan. Ia juga diharap akan dapat dijadikan landasan kepada semua kumpulan KIK untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam aktiviti kreativiti dan inovasi. 

Seramai 20 kakitangan dari Ibu Pejabat, Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Bahagian Samarahan yang merupakan ketua kumpulan dan setiausaha kumpulan KIK masing-masing telah hadir pada sesi taklimat tersebut bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 11, Menara Pelita.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman