News

 

Lab Perstrukturan Semula Jabatan

Posted on 29 Feb 2012

Satu Lab bagi penyediaan Kertas Kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk penstrukturan semula Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah diadakan di Hotel Reverside Majestic, Kuching pada 18.02.2012. Ianya telah diketuai oleh Pemangku Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, Puan Hajah Elean Masa'at.
Picture


Perbincangan secara berkumpulan memberi pendekatan kepada penstrukturan semula dengan menyediakan fungsi Seksyen atau Unit baru. Tidak terkecuali adalah fungsi yang menyentuh penstrukturan di Perbendaharaan Bahagian. Pegawai yang terlibat adalah Gred N27 ke atas untuk Pentadbiran dan W32 ke atas untuk Kewangan. Kumpulan telah dibahagikan mengikut Seksyen dan Perbendaharaan Bahagian. Wakil Perbendaharaan  Bahagian telah diketuai oleh Cik Rabiah Zaidan, Akauntan Perbendaharaan Bahagian Kuching.

Urusetia bagi lab ini diketuai oleh Pegawai Tadbir, Encik Raca Mulong bersama dengan pegawai-pegawai di Unit Sumber Manusia dan Unit Pentadbiran.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman