News

 

Refleksi 1Perbendaharaan Bulan Februari

Posted on 29 Feb 2012

Refleksi 1Perbendaharaan untuk bulan Februari 2012 telah diadakan di ruang legar, Menara Pelita pada 17.02.2012. Akauntan Negeri Sarawak telah melahirkan ucapan takziah bagi pihak Jabatan kepada keluarga mendiang saudara James Damu, pegawai Perbendaharaan Bahagian Miri yang telah meninggal dunia pada awal bulan Februari di Kuala Lumpur.

Akauntan Negeri Sarawak juga mengucapkan tahniah kepada staf Perbendaharaan Negeri Sarawak yang telah dikurniakan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak pada 3hb dan 9hb Februari yang lepas, sama ada bagi penerimaan pingat yang telah diadakan di Miri atau di Kuching.

Beliau memaklumkan bahawa Jabatan kini dalam usaha mengurangkan bikrokrasi sifar untuk proses-proses kerja di Unit dan Seksyen di Ibu Pejabat. Beliau menzahirkan rasa bangga kerana semua Ketua Seksyen dan Unit telah berjaya dalam usaha untuk mengurangkan 'redtape' atau 'pen pushing' atau 'paper pushing' dalam operasi pejabat. Ini kerana beberapa tugas telah dapat dipendekkan bukan sekadar 14 hari ke 5 hari tetapi juga kepada 1 hari. Malahan pegawai yang bertugas boleh dikurangkan daripada 5 kepada 3 pegawai sahaja.

Sehubungan dengan ini juga, beliau mengharapkan untuk mencapai 'excellent Customer Service'  sama ada untuk perkhidmatan di kaunter, bersemuka di pejabat atau melalui telefon dan sentiasa mengamalkan budaya senyuman yang bersesuaian dengan slogan Kerajaan iaitu "berkhidmat dengan senyuman".

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pegawai Tadbir, Encik Raca Mulong dan urusetia atas analisa survei kepuasan staf di Jabatan dan juga kepada ketua ICT, Cik Dayang Hasnita dalam usaha mendapatkan peralatan ICT untuk keperluan Jabatan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman