News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Mac 2012)

Posted on 29 Mar 2012

Refleksi Bulan Mac 2012 telah diadakan pada 21.03.2011 di Ruang Legar, Tingkat Bawah Menara Pelita. Akauntan Negeri telah menyampaikan salam takziah kepada staf Perbendaharaan iaitu Cik Hasfariza (Unit Pentadbiran) dan Puan Evelyn (Perbendaharaan Bahagian Sarikei) yang telah kehilangan ayah dan suami pada awal bulan Mac dan penghujung Febuari yang lepas.



Akauntan Negeri dalam ucaptamanya mengumumkan bahawa KIK Jabatan iaitu Skip 5 telah dipilih oleh MPC untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan KIK peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur pada  15-16 Oktober 2012. Beliau mengucapkan syabas kepada saudara Christopher dan saudara Judas serta ahli Skip kerana telah secara berturut-turut dalam memastikan Jabatan dalam radar dunia.

Semua staf juga dimaklumkan bahawa pada 12 Mei 2012, Jabatan akan menganjurkan Hari Perbendaharaan di Sarawak Riverfront. Semua staf diminta untuk membantu Pengerusi bersama iaitu saudara Christopher dan saudara Raca bagi menjayakan majlis berkenaan.

Kelab KESTURI telah dilantik untuk menguruskan pertandingan Bowling MAKSAK diperingkat negeri pada hujung Mei dan juga awal Jun 2012. Saudara Kushairi telah diberikan tanggunjawab bagi memastikan acara ini berjalan dengan cemerlang.

Beliau melahirkan rasa gembira dan tahniah kepada semua staf Seksyen Perakaunan, Seksyen Kewangan dan Ketua ICT kerana telah berjaya menyiapkan Akaun Awam Kerajaan Negeri Tahun 2011 lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 8 Mac yang lepas. Beliau melahirkan rasa bangga kerana akaun tertentu seperti baki akaun kena bayar, tunai di bank dan wang dalam perjalanan telah dapat dikurangkan. Ini menunjukkan kriteria akauntan dan staf perakaunan yang cekap.

Akauntan Negeri juga mengumumkan bahawa perlaksanaan pertukaran pegawai untuk 'job rotation' akan dibuat untuk semua seksyen bagi memastikan pegawai diberikan pendedahan kemahiran kerja yang berbeza untuk meningkatkan pengetahuan pegawai dan kecekapan bertugas.

Beliau juga menekankan dengan adanya SSM baru nanti, kerajaan berharap kenaikan gaji diberi ditimbal dengan produktiviti yang lebih baik. Akhir kata beliau mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan cemerlang.
 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman