News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (April 2012)

Posted on 26 Apr 2012

Refleksi 1Perbendaharaaan untuk bulan April 2012 telah diadakan pada 19.04.2012 yang dijayakan oleh Unit Pentabdiran dan Sumber Manusia. Sesi refleksi ini telah dihadiri oleh pegawai di ibu pejabat dan wakil daripada Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Samarahan.



refleksi 1 perbendaharaan april 2012

Kali ini Akauntan Negeri Sarawak menekankan kehadiran ke sesi Refleksi sebagai menunjukkan semangat 'kerja berpasukan' dan sokongan padu staf kepada Jabatan. Sebilangan pegawai adalah diberikan kelonggaran untuk tidak hadir ke sesi ini seperti operator telefon, pembantu peribadi Akauntan Negeri dan Timbalan Akauntan Negeri dan seorang staf yang menjaga talian telefon di setiap seksyen. Kelonggaran ini adalah disebabkan mereka pelru menjaga nama baik jabatan dalam menjawab panggilan telefon.

Akauntan Negeri juga memberikan peringatan kepada semua pegawai berhubung pekeliling SUK agar semua pegawai tidak mempunyai hutang melalui potongan gaji melebihi 60% gaji. Pekeliling ini juga berdasarkan Perintah Am Kerajaan Negeri. Isu ini juga telah dibangkitkan oleh pihak Jabatan Audit Negara.

Akhir kata, Akauntan Negeri mengucapakan selamat menjalankan tugas kepada semua pegawai.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman