Berita

 

Majlis Sehari Bersama Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

Disiarkan pada 16 May 2012

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) telah julung-julung kalinya mengadakan Program Sehari Bersama JPNS pada 12 Mei 2012. Majlis ini telah disempurnakan perasmianannya oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Program ini telah diadakan di Tebingan Kuching, Sarawak.

Picture

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi juga telah merasmikan pelancaran produk e-Treasury iaitu i-Salary Portal, e-Borang EC dan Lesen Perdangangan. Acara majlis telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai ragam dan gelagat pengunjung yang telah berkunjung ke gerai pameran. Sekurang-kurangnya 15 agensi telah bersama-sama menjayakan program ini. Antaranya UiTM, Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yayasan Sarawak. Para pengunjung juga telah berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan di 'booth' oleh Kementerian Kesihatan.

suasana di booth pemeriksaan kesihatan

Kanak-kanak juga telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan tahap 2. Seramai 50 penyertaan yang diterima daripada pelbagai umur.

suasana pertandingan mewarna

Aktiviti taklimat kerjaya juga telah dianjurkan sempena majlis ini. Seramai 300 pelajar telah menghadirkan diri ke sesi taklimat ini.

suasana taklimat kerjaya

Berbagai program diadakan bagi menyerikan majlis ini diantaranya adalah dengan menjemput penyanyi AF7 dan AF8 iaitu Aishah dan Daus. Sepanjang majlis ini, kakitangan Kerajaan Negeri juga turut menghiburkan pengunjung dengan nyanyian mereka.

persembahan nyanyian

Acara dimeriahkan lagi dengan pertandingan kuiz jabatan dan cabutan tiket bertuah bagi pengunjung yang hadir. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pengunjung yang bertuah.

pemenang menerima hadiah

Pelbagai gelagat penjunjung boleh dilihat dan menceriakan lagi Majlis Sehari bersama Jabatan kerana semua pelanggan berpeluang berjumpa dan berhubung terus dengan jabatan yang terlibat.

gelagat pengunjung

Semua kakitangan Jabatan Perbendaharaan telah bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis agar lancar dan meriah. Ada yang sanggup datang seawal 6 pagi persediaan hari bersejarah Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.
 gelagat kakitangan

Di bawah adalah antara suasana  dan ragam kakitangan pada di tapak majlis Sehari Bersama Jabatan Perbendaharaan  Negeri Sarawak.

suasana di tapak majlis



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman