News

 

Bengkel Pengurusan Tindakan Tatatertib Jabatan

Posted on 11 Jul 2012

Pada 9-10 Julai 2012, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Tindakan Tatatertib Jabatan yang julung-julung kalinya diadakan bagi Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang peranan yang perlu dilakukan oleh penyelia bagi mengawal salah laku atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh staf di bawah seliaan masing-masing.

Picture


Ianya juga  bertujuan untuk meningkatkaan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Awam khususnya yang tugaskan mengurus kes salah laku atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh pengawai awam. Ianya adalah untuk memastikan Jabatan berada di landasan yang betul dan selari dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di ldam Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri, 1996 dan Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.
antara susasan bengkel tatatertib


Seramai 29 orang peserta menghadiri bengkel selama 2 hari ini yang terdiri daripada  Penolong-penolong Akauntan, Akauntan-Akauntan di Ibu Pejabat dan Perbendaharaan  Bahagian, Pegawai Tadbir dan Penolong-Penolong Pegawai Tadbir.

Bengkel ini memberi peluang kepadakita semua berkongsi pengalaman, idea, penyelesaian masalah dan seumpamannya bagi menambah pengetahuan. Taklimat-taklimat telah disampaikan oleh pihak Seksyen Disiplin, Jabatan Ketua Menteri, Pihak Jabatan Peguam Besar Negeiri dan Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd. Lotfi Bin Tuan, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Disiplin, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan pegawai beliau kerana telah banyak membantu Jabatan dalam melaksanakan bengkel ini serta banyak memberi bimbingan semasa sesi perbincangan kumpulan dan semua yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Pengurusan Tindakan Tatatertib Jabatan Perbendaharaan Negeri pada kali ini.

Picture



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman