News

 

Refleksi 1 Perbendaharaan (Julai 2012)

Posted on 24 Jul 2012

Refleksi 1 Perbendaharaan untuk bulan Julai 2012 telah diadakan pada 23.07.2012 bertempat di Ruang Legar, Menara Pelita. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, Akauntan Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam yang menunaikan ibadah puasa.

Dalam perhimpunan bulanan kali ini, beliau menekankan konsep 'TEAMWORK'. Beliau menekankan bahawa banyak tugasan, projek dan aktiviti yang telah dijalankan oleh Jabatan sebelum ini telah disempurnakan dengan jaya seperti Sehari Bersama Jabatan, gotong royong, KIK, refleksi bulanan dan mesyuarat. Pokok kepada kejayaan ini adalah kerana 'teamwork'. Beliau memberikan peringatan asas pentingnya 'teamwork' agar sentiasa diamal dan dikekalkan.

Akauntan Negeri berharap semua pegawai memahami konsep 'teamwork' agar ianya bukan setakat disebut tetapi lebih penting dipraktis dikalangan pegawai dalam memastikan perjalanan aktiviti Jabatan lebih lancar.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman