News

 

Senamrobik 2024

Posted on 22 Jan 2024
Source of News: PB Sibu
Pada 19 Januari 2024, bertempat di Ruang Tamu Pejabat Perbendaharaan Bahagi Sibu telah diadakan program Senamrobik 2024. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan PB Sibu. Akauntan Bahagian, Puan Siti Nadia memulakan program dengan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan di atas penglibatan terhadap penganjuran program tersebut. Beliau turut menyeru supaya program ini dijadikan sebagai acara bulanan pejabat memandangkan ianya satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat. Program dijalankan dalam suasana harmoni dan muhibbah berkonsepkan senamrobik santai.


Senaman regangan diketuai oleh Encik Nyelang. Manakala, senamrobik dilakukan dengan berpandukan video dari Youtube.




Undian
Pengumuman