picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Sekiranya pertanyaan anda tidak terjawab atau tidak didapati pada Laman Web ini, Apakah tindakan yang boleh dibuat?

Sila berhubung dengan pejabat kami melalui telefon number +082-495959, menghubungi webmaster di alamat emel try_webmaster@.sarawak.gov.my, atau menghubungi Unit / Seksyen yang terlibat melalui maklumat di ruangan 'Hubungi Kami'.

 

2. Bilakah masa operasi kaunter pembayaran bil?
Isnin - Khamis    : 8.00 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat               : 8.00 pagi - 11.30 pagi dan 2.00 petang - 5.00 petang
3. Adakah perkhidmatan yang disediakan dikaunter pembayaran?
Pembayaran yang melibatkan pengeluaran bil/notis oleh jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
4. Bolehkah PB menyemak sama ada bil air bulan lepas telah dibayar atau tidak?
Tidak. PB hanya berfungsi sebagai pemungut sahaja. Sebarang pertanyaan berkenaan bil air boleh dikemukakan kepada pihak JKR.
5. Saya ingin memohon pemulangan deposit tetapi resit asal hilang. Bolehkah saya menggunakan salinan resit untuk tujuan tersebut?

Arahan Perbendaharaan 158(b) menyatakan bahawa sekiranya resit asal hilang, maka surat akuan sumpah mestilah dibuat dan dikemukakan.

6. Bolehkah pembayaran dibayar ke atas nama individu sekiranya syarikat yang digunakan tidak mempunyai akaun bank?

Tidak. Sekiranya nama syarikat tersebut tidak didaftarkan, maka pemilik hendaklah membuat surat akuan sumpah di Pejabat Daerah. Sekiranya syarikat tersebut telah ditutup atau tidak beroperasi lagi, maka pemilik perlu melampirkan lesen perdagangan yang tertera nama pemilik syarikat tersebut.

7. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada pembayaran telah dibuat oleh PB atau sebaliknya?

 

Terdapat 3 cara iaitu:

 

  1. dibuat akan dihantar melalui e-mail pegawai dengan syarat pegawai berkenaan telah mengemaskinikan alamat e-mail dalam data SIFBAS (Supplier Master File). Ia hendaklah dinyatakan kepada pegawai bahagian pembayaran jabatan.
  2. Sekiranya pegawai tidak mempunyai akaun e-mail, memadailah ruangan no.faks jabatan dalam baucar bayaran dilengkapkan agar penghantaran maklumat pembayaran dapat dihantar melalui faksimili. Bagi syarikat/orang awam/peseorangan, prosedur yang sama boleh digunapakai dengan syarat maklumat alamat e-mail dimaklumkan ke jabatan yang menyediakan baucar bayaran agar melengkapkan nombor faksimili atau alamat e-mail dalam data SIFBAS.
  3. Sekiranya perkara di atas tidak dapat dipenuhi, pihak PB akan menghantar nasihat bayaran ke alamat penerima melalui pos untuk makluman pembayaran yang telah dibuat oleh PB.

Nota:

Untuk sebarang status pembayaran, boleh disemak sama ada menghubungi pihak PB atau jabatan berkenaan dengan mendapatkan nombor baucar bayaran jabatan (PV Status Enquiry) terlebih dahulu .

 


 

8. Kenapa terdapat pembayaran tidak dapat dikredit terus ke akaun bank penerima walaupun cek telah dikeluarkan dan dihantar ke bank dalam masa 5 hari bek

Terdapat sesetengah bank memerlukan tempoh penjelasan cek (floating) menyebabkan kelewatan tersebut.

9. Bilakah cek akan dikemukakan ke bank?

Selepas semua proses kerja pengeluaran cek, semakan, tandatangan cek dan penyisihan dilakukan iaitu dalam tempoh 5 hari selepas baucar bayaran diterima untuk proses pembayaran.

10. Adakah Jabatan Perbendaharaan Negeri bertanggungjawab ke atas segala urusan pembayaran pencen kakitangan kerajaan Negeri?

Tidak. Sila hubungi pihak JPA seperti alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pencen, Cawangan Sarawak,
Tingkat 1 & 2, Bangunan Marzuki Lot 1656, Seksyen 65,
Jalan Tuan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub, 93050 Kuching.

Tel : 082 - 241144
Faks : 082 - 250126

11. Berapa lama tempoh pegawai yang telah berpencen menunggu pembayaran pencen jika kesemua dokumen tamat perkhidmatan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan

Proses pembayaran pencen adalah dibawah kawalan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila hubungi pihak JPA, Bahagian Pencen

12. Adakah pihak JPNS bertanggungjawab ke atas pembayaran/pengeluaran daripada Government Employee Provident Fund (GEPF), Teachers Provident Fund (TPF)?

Ya. Sila hubungi :
Unit Kumpulan Wang Simpanan (KWS), 
Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, 
Tingkat 8, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub, 93050 Kuching.
Tel : 082 - 440111 ext : 249 / 265

13. Apakah dokumen yang diperlukan semasa menuntut bayaran GEPF, TPF dan LAEPF?

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang A (GEPF)7/1985 atau Borang B (TPF) atau Borang C (LAEPF)
  2. Notis Perlantikan
  3. Kenyataan Perkhidmatan (Service Record)
  4. Borang Opsyen - Lampiran 4 (Pemberian Taraf Berpencen)
  5. Sijil Akuan Berhutang / Tak Berhutang
  6. Penyataan Tunggakan Gaji dan Elaun - Lampiran B & C di bawah CCR 1978 (GEPF sahaja)
  7. Salinan Kad Pengenalan
  8. Borang Opsyen Perlanjutan Umur Pencen (Pekeliling Perkhidmatan No.6/2008)

14. Berapa lama tempoh bagi pegawai lantaikan baru menunggu pembayaran gaji pertamanya?

Pembayaran gaji pertama bagi pegawai lantikan baru adalah bergantung kepada secepat mana Borang Input (T.156A) pegawai, dikemukakan ke Unit Gaji, Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Sekiranya ia diterima selepas tarikh tutup penerimaan Borang Input maka gaji pertama hanya akan dibayar selewat-lewatnya pada bulan berikutnya.

15. Jika pegawai tidak mendapat penyata gaji bulan semasa dari Jabatan Perbendaharaan Negeri, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh beliau?

Pegawai boleh terus berhubungi dengan Unit Gaji, JPNS samada melalui telefon atau emel untuk mendapatkan slip gaji beliau.

16. Adakah JPNS bertanggungjawab jika terdapat kakitangan awam menyalahgunakan penyata gaji dengan menukar jumlah gaji yang diterimanya?

Tidak sama sekali.

17. Kes Potongan Angkasa

Slip gaji Shah bagi bulan Jun 2009 menunjukkan potongan kepada Bank A melalui ANGKASA sebanyak RM200 di mana ia seharusnya tamat pada bulan Mei 2009. Walaubagaimanapun, Bank A hanya mengemukakan peberhentian potongan Shah ke Unit Gaji Perbendaharaan pada bulan Julai 2009 dan Unit Gaji telah memberhentikan potongan Bank A tersebut pada bulan yang sama. Shah hendak mendapatkan kembali RM200 tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun bank gaji beliau. 

Adakah pihak Perbendaharaan boleh menguruskannya bagi pihak Shah?

JAWAPAN:

Tidak. Shah hendaklah berurusan dengan Bank A untuk mendapatkan jumlah (RM200) yang telah dipotong bagi bulan Jun 2009 itu.

18. [Contoh situasi :- Bagi perlantikan baru pada bulan Ogos]

Bagaimana hendak mendapatkan NOMBOR GAJI sekiranya slip gaji hanya akan keluar bagi bulan September? Adakah kakitangan awam yang baru melaporkan diri bertugas pada bulan Ogos boleh meminta NOMBOR GAJI tersebut bagi bulan Ogos?

JAWAPAN:

Tidak. Nombor gaji kakitangan awam hanya akan diaktifkan apabila gaji pegawai tersebut mula dibayar melalui Sistem Gaji (State Payroll System). Sekiranya gaji pegawai hanya mula dibayar melalui Sistem Gaji pada bulan September, maka maklumat/data pegawai berkenaan termasuklah nombor gaji tidak akan wujud dalam Sistem Gaji bagi bulan Ogos.

19. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada pembayaran telah dibuat?

Pastikan pembayar mengemukakan alamat emel atau nombor faks kepada PTJ yang membuat jawapan. Maklumat bayaran boleh diterima melalui emel atau faks atau berhubung terus dengan PTJ.

20. Bagaimanakah sekiranya cek yang diterima oleh orang awam hilang dibawah jagaan penerima itu sendiri dan adakah orang awam tersebut berhak menuntut cek

Orang awam perlu berhubung dengan kementerian/jabatan yang membuat bayaran dan buat pengakuan bahawa mereka tidak menerima bayaran sebelum pembayaran semula diproses.

21. Adakah tuntutan kilometeran turut berubah mengikut perubahan harga penjualan minyak petrol semasa?

Tidak.

22. Bolehkah saya menjalani latihan industri (praktikal) di jabatan tuan?

Ya. Dengan mengemukakan permohonan bertulis ke alamat berikut:

Akauntan Negeri Sarawak,
Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak,
Tingkat 10, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082 - 440111
No. Faks : 082 - 445270 / 446395

Pegawai yang boleh dihubungi:- 

Pegawai Tadbir (Pentadbiran) : (sambungan : 217)

Penolong Pegawai Tadbir (Sumber Manusia): (sambungan : 219)

23. Bagaimana untuk memohon sebarang kekosongan jawatan di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak?

Bagi setiap permohonan jawatan kosong di Jabatan ini, hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau dengan melayari website (www.e-recruitment.gov.my) untuk maklumat lanjut.

24. Apakah produk-produk yang dikenakan Cukai Jualan Negeri?

Minyak sawit mentah (Crude Palm Oil), Minyak isi sawit mentah (Crude Palm Kernel Oil) dan Tiket Loteri.

25. Berapakah kadar cukai jualan negeri?

Kadar cukai jualan adalah 5% untuk minyak sawit mentah dan minyak isi sawit mentah, manakala 10% untuk tiket loteri.

26. Siapakah yang perlu berdaftar sebagai Pembayar Cukai Jualan Negeri?

Pengilang minyak sawit mentah, pengilang minyak isi sawit mentah dan operator tiket loteri.

27. Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai Pembayar Cukai Jualan Negeri dilakukan?

 

  1. Dapatkan 2 salinan Borang Pendaftaran (Form 1) dari Unit Hasil, Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
  2. Pastikan dokumen-dokumen berikut disediakan dalam 2 salinan:
  • Memorandum and Article of Association
  • Form 24, 44 and 49 under the Companies Act 1965
  • Certificate of incorporation under the Companies Act 1965, or Form B/Form D under tdhe Registration of Businesses Act 1956 (yang mana berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Gambar berukuran pasport pemohon
  • Surat kuasa (jika perlu) bila mana pemohon dibuat oleh pegawai yang diberikuasa  oleh syarikat atau anak syarikat (bukan perkongsian)

     3. Hantar semua dokumen berkenaan ke Unit Hasil, Ibupejabat Perbendaharaan                  Negeri Sarawak untuk proses selanjutnya.

28. Bagaimanakah proses penyediaan Retan Form 3 Cukai Jualan Negeri dilakukan dan dokumen yang perlu dikepilkan?

Retan Cukai jualan negeri hendaklah dihantar ke Unit Hasil, Ibupejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri menggunakan Form 3 bersama-sama dokumen seperti berikut:

 

  1. Invois Jualan
  2. Kontrak Jualan
  3. Detail Despatch Listing / Delivery Order
  4. Permohonan / Permit mengangkut barang-barang dalam Persekutuan (Kastam No.3 Pind.4/92) - jika berkaitan

29. Bilakah Retan Form 3 Cukai Jualan Negeri dihantar?

Retan dihantar mengikut tarikh sepertimana penetapan tempoh perakaunan yang telah ditetapkan iaitu berdasarkan tempoh 28 hari dari tarikh akhir bulan akaun perniagaan.

30. Apakah kewajiban pembayar cukai jualan negeri menghantar Retan Form 3?

Kewajiban pembayar cukai jualan negeri menghantar Retan Form 3 sama ada berlaku jualan atau tidak adalah tertakluk di bawah Seksyen 24(1) Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998 dan Peraturan 8 Cukai Jualan Negeri.

31. Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pembayar cukai yang membuat taksiran palsu atau kesilapan dalam penyediaan retan Form 3 Cukai Jualan Negeri

Pembayar cukai boleh didenda mengikut Peraturan 21 tidak melebihi Lima Ribu Ringgit (RM5,000.00) sahaja

32. Bila dan apakah objektif pemeriksaan ke atas akaun pembayar Cukai Jualan Negeri?

Pemeriksaan akaun pembayar cukai jualan negeri akan dilaksanakan:

 

  1. Selepas 6 bulan atau tidak kurang dari 12 bulan dari tarikh pengeluaran sijil pendaftaran pembayar cukai jualan
  2. Sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 2 tahun


 

Pemeriksaan akaun pembayar Cukai Jualan Negeri adalah tertakluk kepada Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998 di bawah seksyen-seksyen berikut:
  1. Seksyen 32 - Access to places or premises
  2. Seksyen 30 - Person bound to give information
  3. Seksyen 21 - Power of Comptroller to assess State Sales Tax
  4. Seksyen 16 - Duty to keep records

Objektif pemeriksaan akaun dilakukan :
  1. Memastikan semua cukai dibayar dengan betul kepada Comptroller
  2. Memastikan pembayar cukai patuh kepada kehendak Ordinan dan Peraturan-peraturan cukai jualan negeri
  3. Memastikan semua jualan telah dimasukkan taksiran cukai
  4. Memastikan cukai disediakan dengan tepat ke atas semua produk cukai
  5. Memastikan produk cukai adalah betul di dalam invois
  6. Memastikan nilai jualan yang telah dibayar cukai adalah tepat
  7. Memastikan sama ada pertukaran ke atas nama atau alamat perniagaan


33. Di bawah Akta Duti Hiburan 1953, apakah tafsiran hiburan yang dikenakan duti?

- Prosedur Duti Hiburan di bawah Akta Duti Hiburan 1953 (Pindaan sehingga 1hb Oktober 1994)-

"Hiburan" termasuk apa-apa pameran, persembahan, keseronokan, permainan atau sukan yang kepadanya orang-orang dibenarkan masuk dengan bayaran. Seksyen 4(1), tertakluk kepada seksyen ini maka hendaklah dikenakan, dilevi dan dibayar kepada pemungut atas tiap-tiap bayaran untuk masuk ke apa-apa hiburan suatu duti (dalam Akta ini disebut sebagai duti hiburan) mengikut apa-apa kadar yang dikenakan menurut ketetapan Dewan Rakyat dari semasa ke semasa.

34. Berapakah kadar duti hiburan yang perlu dibayar?

Kadar duti hiburan yang ditetapkan adalah kadar rata 25%.

35. Dimanakah duti hiburan boleh dibayar?

Duti hiburan boleh dibayar di semua kaunter Pejabat Perbendaharaan Bahagian dan Perbendaharaan Kecil di seluruh Negeri Sarawak.

36. Apakah seksyen-seksyen dibawah Akta Duti Hiburan 1953 yang melayakkan penganjur untuk memohon pengecualian duti hiburan?

Seksyen 4(3)(a):

Tiada duti hiburan boleh dikenakan, dilevi atau dibayar atas apa-apa bayaran untuk masuk ke apa-apa hiburan yang terdiri daripada satu daripada acara berikut atau lebih :

  1. Suatu permainan pentas
  2. Suatu tarian balet atau tarian bercorak tradisional (sama ada permainan pentas atau tidak)
  3. Suatu persembahan muzik (sama ada vocal atau instrumental)
  4. Suatu syarahan atau
  5. Suatu resitasi
Pertubuhan / institusi / jawatankuasa yang tidak dikendalikan atau ditubuh untuk keuntungan atau bahawa hiburan itu adalah suatu hiburan amatur.


Seksyen 10(1)(a):

Keseluruhan kutipan daripada sesuatu hiburan itu akan dibaktikan bagi maksud-maksud derma atau khairat sama ada di Malaysia atau ditempat lain tanpa dikenakan apa-apa wang.


Seksyen 10(1)(b):

Seorang Pengarah Pendidikan memperakui secara bertulis bahawa hiburan itu akan diadakan bagi maksud-maksud pendidikan dan bahawa hadirin akan dihadkan kepada orang-orang yang menerima pendidikan sepenuh masa di sesuatu establismen pendidikan yang diiktiraf dan kepada kakitangan pengajar establismen itu


Seksyen 10(1)(c):

Hiburan itu diadakan oleh sesuatu pertubuhan yang tidak ditubuhkan atau dianjurkan untuk keuntungan dan mengandungi semata-mata suatu pameran:

  1. Mengenai keluaran sesuatu industri atau bahan, jentera, peranti atau barang makanan yang digunakan untuk mengeluarkan keluaran itu atau pertunjukan kemahiran oleh pekerja dalam industri itu dalam kerja berkaitan industri itu.
  2. Mengenai karya seni grafik, seni pahat dan seni pertukangan tangan atau satu daripada kelas karya itu atau lebih yang dibuat dan dipamerkan oleh orang yang mengamalkan seni grafik, seni pahat atau seni pertukangan tangan untuk keuntungan dan sebagai pekerjaan utama mereka atau pertunjukan kemahiran oleh orang itu dalam kesenian atau pertukangan-pertukangan atau
  3. Mengenai barang atau pertunjukan kemahiran yang ada kepentingan material berkaitan dengan soal-soal mengenai kesihatan awam.

Atau mengandungi semata-mata pameran atau pertunjukan kemahiran itu bersama-sama dengan suatu persembahan muzik oleh suatu pancaragam atau suatu pameran kerja atau pertunjukan kemahiran oleh kanak-kanak di bawah umur 16 tahun atau orang-orang muda yang menuntut di sesuatu sekolah atau institusi pendidikan yang lain :

Dengan syarat bahawa, 
  1. Notis mengenai tuntutan bagi pengecualian daripada duti hiburan seperti di atas hendaklah diberi kepada pemungut tidak kurang daripada 14 hari sebelum mulanya hiburan itu dan
  2. Pemungut selepas mengambil apa-apa pernyataan dan menbuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut hendaklah memberi kepada tuan punya itu suatu perakuan pengecualian daripada bayaran duti hiburan.

Seksyen 11:

Apabila pemungut berpuas hati bahawa keseluruhan pendapatan bersih daripada sesuatu hiburan telah dibaktikan bagi maksud-maksud pendidikan, khairat atau derma dan bahawa keseluruhan perbelanjaan bagi hiburan itu tidak melebihi 20% daripada jumlah kutipan hiburan itu, dia hendaklah membayar balik kepada tuan punya itu amaun duti hiburan yang telah dibayar berkenaan dengan hiburan itu.


Seksyen 12(3):

Pemungut boleh mengecualikan, tertakluk kepad apa-apa syarat yang difikirkannya patut, apa-apa hiburan yang berkenaan dengannya jumlah amaun duti hiburan yang kena dibayar pada pendapatnya tidak akan melebihi RM500.00, daripada bayaran duti hiburan tersebut.

37. Bagaimanakah prosedur memohon untuk pengecualian duti hiburan?

Pemohon hendaklah tertakluk di bawah Seksyen seperti di no.4. Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Duti Hiburan dari Unit Hasil, Ibupejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dengan mengemukakan dokumen sokongan (salinan yang disahkan) seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan
  2. Surat Kebenaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Residen/Pejabat Daerah
  3. Permit Polis (jika ada)
  4. Penyata Akaun / Penyata Akaun (Anggaran)

38. Apakah peranan Inspektor Perbendaharaan (IP) ?

 

  1. Melakukan lawatan pemeriksaan ke Perbendaharaan Bahagian/Kecil, Pejabat Residen dan Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Persekutuan yang berkaitan dengan akaun Kerajaan Negeri Sarawak sahaja.
  2. Mengenalpasti luar aturan dan memberi panduan kepada pejabat berkenaan akan tindakan pembetuland atau penambahbaikan yang perlu diambil.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada pegawai di Ibupejabat, Perbendaharaan Bahagian, Perbendaharaan Kecil, Pejabat Residen, Jabatan/Kementerian dan PTJ Persekutuan bagi akaun Kerajaan Negeri Sarawak yang menghadapi masalah perakaunan.
  4. Membuat penyiasatan ad-hoc atas arahan pihak atasan
  5. Menyediakan Laporan Inspektorat Perbendaharaan (LIP) berikut kepada Ketua Inspektor:

Laporan pemeriksaan ke atas,

 

  1. Perbendaharaan Bahagian (PB)
  2.  Perbendaharaan Kecil (PK)
  3. Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  4. Unit Hasil
  5. Seksyen Akaun
  6. Unit Pinjaman
  7. Unit Pentadbiran
  8. Unit Perancangan
  9. Unit Gaj
  10. Unit Dana/Pinjaman Korporat
  11. Unit Kumpulan Wang Simpanan
  12. Sistem-Sistem PB, PK dan Ibupejabat


39. Adakah Inspektor Perbendaharaan (IP) mempunyai kod etika?

Ya, seperti berikut:

  1. Tiada kepentingan serta bebas terhadap entiti yang diperiksa
  2. Tidak berat-sebelah dalam membuat analisa data, maklumat dan bahan bukti serta dalam membuat keputusan
  3. IP tidak boleh membuat tafsiran/tanggapan awal terhadap entiti yang diperiksa atau pihak-pihak yang diperiksa
  4. Melaksanakan pemeriksaan dengan menggunakan kebijaksanaan secara profesional serta sentiasa peka kepada unsur-unsur penipuan, penyalahgunaan wang awam, risiko, kawalan dalaman dan kelemahan
  5. Semua perkara mengenai pemeriksaan hendaklah dirahsiakan, seperti yang ditetapkan dalam Akta Rahsia Rasmi dan Perintah Am 166(2) dan 172
  6. Tidak menyalahgunakan kuasa untuk menekan atau mempengaruhi atau dipengaruhi mana-mana pihak untuk membuat serong dari tujuan asal pemeriksaan dibuat

40. Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan inspektorat?

Ia merujuk kepada pemeriksaan yang dijalankan oleh IP ke atas proses kerja dan dokumen yang berkenaan dengan kewangan dan perakaun. Ianya merangkumi beberapa pemeriksaan seperti berikut :

Pemeriksaan Inspektorat mengikut jadual:

Pemeriksaan ini adalah yang dirancang oleh IP mengikut kategori keutamaan PTJ yang telah ditetapkan. Permohonan untuk menjalankan pemeriksaan akan dikemukakan secara tahunan dan bulanan kepada Akauntan Negeri melalui Ketua IP untuk kelulusan bagi setiap kali pemeriksaan yang hendak dilaksana berdasarkan tempoh kekerapan kategori PTJ yang berkenaan.


Pemeriksaan secara ad-hoc:

Pemeriksaan ini merujuk kepada :

 

  1. Lawatan ke PTJ berkenaan yang mempunyai isu luar aturan matan yang tertunggak dan perlu tindakan segera setelah diketengahkan oleh Perbendaharaan Bahagian/Seksyen di Ibupejabat JPNS
  2. Lawatan IP yang memfokuskan skop pemeriksaan tertentu seperti terimaan atau luar aturan matan yang berkaitan
  3. Lain-lain pemeriksaan Perbendaharaan selain di atas yang perlu dilaksanakan mengikut kewajaran kes (misalnya pemeriksaan kandungan peti besi sesebuah PTJ atau yang seumpamanya)

 

Pemeriksaan Mengejut:

Pemeriksaan yang dilakukan oleh IP atas arahan pihak atasan tanpa memaklumkan kepada PTJ berkenaan terlebih dahulu mengenai tarikh kedatangan IP / pemeriksaan tersebut.

41. Apakah yang dimaksudkan dengan luar aturan?

Luar aturan dikategorikan kepada :

Luar aturan matan

  1. Turutan luar aturan yang boleh mengakibatkan penyelewengan / kehilangan wang awam
  2. Luar atauran pada pandangan Ketua IP boleh mejurus kepada penyelewengan atau kehilangan wang awam
  3. Kehilangan wang awam, tanpa mengira jumlah amaun
  4. Luar aturan yang serius dan berisiko tinggi

Luar aturan tidak matan:

  1. Ketakakuran biasa yang tidak mendatangkan risiko kehilangan wang awam
  2. Luar aturan yang tidak menggugat kawalan dalaman
  3. Luar aturan yang apabila diperbaiki boleh memantapkan lagi akaun awam Negeri Sarawak

Tahap luar aturan bagi kategori (a), akan dilaporkan kepada Setiausaha Kewangan Negeri mengikut kehendak AP.140(b)

42. Kenapa Nama pegawai yang baru diberi had kuasa tiada dalam senarai drop down list.?

 

Nama pegawai perlu diwujudkan dalam SIFBAS. Isi dan hantar borang akses SIFBAS ke Seksyen Khidmat Perakaunan, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak untuk mewujudkan akses sebagai Authoriser bagi modul Account Payable.

 

43. Tiada butang Approve pada paparan Pegawai Pengawal yang meluluskan permohonan Had Kuasa.

Sila emel masalah sistem kepada pihak Sains di alamat callcentre@sains.com.my

44. Kenapa emel notifikasi yang dijana oleh sistem dihantar ke emel Pegawal Pengawal Jabatan lain.?

 

Sila emel masalah sistem kepada pihak Sains di alamat callcentre@sains.com.my

 

 

45. Pemegang waran dapat memperakukan dokumen kewangan, melebihi amaun had kuasa yang telah ditetapkan dalam sistem?

Pemegang waran hanya dibenarkan memperaku dokumen kewangan mengikut had kuasa yang telah ditetapkan dalam sistem.

 

Sila emel masalah sistem kepada pihak Sains di alamat callcentre@sains.com.my

46. Kenapa Pemegang waran tidak dapat memperakukan dokumen waran variation / virement / supplementary dan menerima prompt error: Exceed Limit.

Hanya waran Jabatan (T.195) sahaja yang ditetapkan had kuasa.

 

Jika masalah berlaklu, sila emel masalah sistem kepada pihak Sains di alamat callcentre@sains.com.my

 

47. Siapa yang sepatutnya mengemaskini, menyemak dan meluluskan permohonan dalam sistem approval limit?

PTJ masing-masing di Kementerian, Jabatan, Residen dan Pejabat Daerah.

 

Prepared by   : Penyedia/data entry di PTJ

Supported by : Pemegang waran/authoriser di PTJ

Approved by  : Pegawal Pengawal

48. Nama pegawai baru berpindah ke Unit / Seksyen / Jabatan tidak dapat dikemaskini dalam sistem approval limit di Unit / Seksyen / pejabat yang baru.

Surat kuasa seorang pegawai hanya untuk 1 PTJ sahaja

Unit/Seksyen/Jabatan lama hendaklah 

 

  • Batalkan had kuasa dalam sistem 
  • Isi dan hantar borang akses SIFBAS untuk batalkan akses di PTJ lama

Unit/Seksyen/Jabatan yang baru hendaklah

 

  •  Isi dan hantar borang akses SIFBAS untuk wujudkan akses di PTJ yang baru
  • Kemaskini had kuasa di PTJ yang baru dalam sistem.

 

 

 

49. Bagaimana cara mengemaskini permohonan baru/pinda/batal had kuasa dalam sistem?

 

Sila rujuk Pekeliling No.2/2022 Penurunan dan Penetapan Had Kuasa melalui SIFBAS, rujukan TRY:301004(Vol.6)/(30) bertarikh 29.06.2022.

 

50. Adakah Jabatan masih perlu menghantar memorandum rasmi bagi pembayaran melebihi RM50,000.00 kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak?

Tidak perlu.

Ini kerana dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan, Treasury Circular No4/1984 Disbursement of Public Funds - Control and Limit telah dibatalkan.

 

51. Adakah Lampiran B : Borang Penetapan Had Kuasa Pemegang Waran (Authoriser) Oleh Pegawai Pengawal masih perlu dihantar ke Seksyen Perakaunan JPNS?

 

Tidak Perlu.

Lampiran B yang dikemaskini, diluluskan dan ditandatangani oleh Pegawai Pengawal, hendaklah disimpan sebagai rekod PTJ masing-masing untuk tujuan audit.

 

52. Soalan Lazim - SST 'Timber Product'
timber product


© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 02 Apr 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

picture Undian
picture Pengumuman