picture

News

 

PB Sibu Jelajah Miri 2024

Posted on 19 Feb 2024
Source of News: PB Sibu
Pegawai-pegawai di PB Sibu telah mencadangkan supaya mengadakan satu percutian bersama-sama ke Miri. Dimana, segala perbelanjaan percutian tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang terlibat. Pemilihan Miri dijadikan sebagai lokasi percutian pejabat kerana Miri terkenal dengan tapak warisan popular dengan sejarah dan nilai semula jadi yang sering menarik pelancong ke sini. Selain dari itu, Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak dan ianya dikenali sebagai Bandar Minyak kerana kaya dengan sumber asli, petroleum.

Sehubungan itu, bersempena dengan cuti Tahun Baru cina pada 10 Februari sehingga 12 Februari 2024 yang lalu, pejabat PB Sibu telah  mengadakan percutian Jelajah Miri. Percutian ini telah disertai oleh 13 orang pegawai. Percutian kali ini bertujuan untuk menerokai keindahan budaya beberapa etnik yang terdapat di Sarawak khususnya di bahagian utara serta beberapa tempat tarikan pelancong yang lain. Ini merupakan aktiviti santai setelah sibuk bekerja sepanjang tahun. Di samping itu, dengan adanya percutian bersama ini semua pegawai dapat meluangkan masa bersama satu sama lain bagi mengeratkan lagi silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dikalangan pegawai.


Pada hari pertama lawatan, antara tempat yang dilawati adalah :


a) Pantai Tusan
b) Taman Buaya dan Zoo Mini
c) Miri Handicraft Centre
d) Coco Cabana
e) Taman Bunga


Pada hari kedua lawatan (11 Februari 2024), rombongan lawatan telah meneruskan lawatan ke :


a) Borneo Tropical Rainforest Resort
b) The Grand Old Lady
c) Waterfront Miri
d) Gerai Tepian Sungai


Sebelum memulakan perjalanan balik ke Sibu pada 12 Februari 2024, pegawai-pegawai mengambil kesempatan untuk singgah ke :


a) Tamu Muhibbah
b) Tamu Kedayan
c) Taman Awam Miri


Rombongan PB Sibu turut singgah di Yu Lung San Tian En Temple yang terletak di KM30 Jalan Sibu-Bintulu di Sibu.




© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 24 Apr 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

picture Undian
picture Pengumuman