News

 

Refleksi 1Perbendaharaan Disember 2014

Posted on 11 Dec 2014

refleksi 1perbendaharaan disember 2014

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan perhimpunan Bulan Disember 2014 pada 1.12.2014. Bertempat di Ruang Legar, Menara Pelita, Akauntan Negeri Sarawak telah memulakan perhimpunan dengan ucapan tahniah kepada pasukan di Jabatan yang telah berjaya dalam pertandingan di peringkat negeri dan antarabangsa. Syabas diucapkan kepada pasukan berikut kerana kejayaan yang dicapai:

  1. Kumpulan KIK dari Miri, iaitu "Aspirasi Utara" telah mendapat tempat ke-2 dalam Kategori Pengurusan di antara 20 Kumpulan KIK di Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan pada 29.9.2014-3.10.2014 di Hotel Imperial Kuching. Kemenangan membawa Tropi SUK dan wang tunai sebanyak RM3,500.00. Tahniah kepada kumpulan yang di bawah pimpinan Saudara Peter. Ahli-ahlinya adalah Puan Pauline Imbok, Puan Farydah Zawawi, Puan Christine Daji, Encik Mahari Abdul Rahman, Encik Mohd. Nail Osman, Puan Noriah Fatini, Puan Zorina Achim dan Puan Zuria Yusup.
  2. Dalam majlis yang sama, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mendapat Piala Pusingan bagi tahun 2014 dan diiktiraf sebagai Jabatan yang paling banyak mempraktis kualiti dan paling cemerlang dalam KIK di Sarawak. Ia merupakan Piala baru dan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah terpilih untuk sebagai jabatan yang pertama menerimannya.
  3. Indeks Akauntabiliti telah mendapat 4 Bintang (tertinggi) yang telah diterima di Kedah daripada Menteri Besar iaitu Dato Seri Mukriz Tun Mahathir. Tahniah kepada Saudara Awang Sahmat dan semua ahli jawatankuasa Seksyen Inspektorat yang telah memantau Indeks Akauntabiliti di Jabatan.
  4. Kumpulan 5S/QE telah mendapat Emas dan menjadi Johan di peringkat Kebangsaan dalam anjuran pihak Malaysia Productivity Corporation. Tahniah kepada Puan Haslinda dan ahli Jawatankuasa yang diantaranya adalah Encik Desmond Ting, Encik Melek, Encik John Chukit, Puan Siti Ida, Puan Noraida, Cik Nafeesa, Puan Mujanah dan Cik Amanda.
  5. Mendapat Piala Pusingan Pengerusi MPC melalui Kumpulan KIK SKIP6 di bawah awasan Encik Christopher dan ahli Jawatankuasa beliau iaitu Saudara Kushairi, Puan Bibi Faezah, Encik Judas, Encik John Nuga, Encik Joe Jinip dan Cik Jesseeta.
  6. Kumpulan KIK 'DO-IT' dari Samarahan di bawah bimbingan Cik Rabiah dan Saudara Christopher dengan ahli-ahlinya iaitu Encik Judas Ak Ligon, En. Jos Jawa, Puan Lyda Mambai, Encik John Nuga, Encik Griss Resner, Puan Rafidah Agat, Puan Siti Hamisah, Puan Mimah Jamal, Puan Zuria Bujang dan Encik Bastari telah berjaya mendapat 'EMAS" dalam Pertandingan KIK peringkat antarabangsa di Negara Sri Langka pada 12-15 Oktober 2014.
  7. Tahniah kepada Saudara Kushairi dan Saudara Raca kerana berjaya menguruskan Karnival Sukan dan 'Treasury Idol 2014' dengan amat jayanya.

Akauntan Negeri meminta semua pegawai memastikan Akaun Awam 2014 disiapkan dalam masa terpendek yang boleh. Beliau meminta agar semua pegawai bermula dari sekarang bertindak mengambil langkahuntuk mencapai objektif berkenaan. Akauntan Negeri juga mengingatkan bahwa banyak kejadian rompakan dan pengedoman bank-bank kebelakangan ini. Keadaan ini serba sedikit amat merisaukan sebab jabatan banyak bergantung kepada fasiliti perbankan dalam urusan harian. Dengan itu, beliau mengesa Jawatankuasa Risiko dan Intergriti bermesyuarat untuk mencari cara menangani keadaan ini. Jabatan perlu memantau keadaan ini dan perlu lebih 'vigorous' dalam menangani bahaya ini.

Selain daripada itu, Akauntan Negeri juga mengingatkan bahawa kerja berkualiti bukan untuk Kumpulan Pengurusan sahaja tetapi Kumpulan Sokongan juga perlu menekankan kualiti dalam tugas seharian.

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman