Berita

 

Kunjungan Lembaga Air Kuching

Disiarkan pada 12 Feb 2018
Sumber Berita: Pasukan QE Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

kunjungan lembaga air kuching

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Lembaga Air Kuching pada 9.2.2018. Rombongan ini telah diketuai oleh Puan Zuraya Binti Bojeng, Ketua Audit 5S Lembaga Air Kuching. Seramai 25 ahli rombongan telah disambut oleh Pasukan 5S ibu pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari lebih dekat amalan perlaksanaan 5S di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak serta berkongsi pengalaman dalam melaksanakan sistem pengurusan sistem persekitaran yang selesa dan kondusif. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Sharifah Rodziah Syed Aman Ghazali, Pengerusi Pasukan QE. Rombongan juga telah dibawa untuk membuat lawatan tapak ke beberapa seksyen untuk melihat aktiviti 5S/QE yang telah dilaksanakan. 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman