Kursus MPSAS Perakaunan Hasil
Disiarkan pada 21 Aug 2025
Sumber Berita: Unit Hasil, Unit Polisi Perakaunan
Unit Polisi Perakaunan telah menganjurkan Kursus MPSAS Perakaunan Hasil pada 19-20/8/2025 di Convention Hall 3, Raia Hotel & Convention Centre, Kuching. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Christopher Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak. Penceramah jemputan adalah Encik Rajendran A/L Arjunan dari Institut Perakaunan Negara (IPN). Kursus sesi ini dihadiri oleh Akauntan di pelbagai kementerian dan jabatan.
Skop kursus:
a) MPSAS 9 - Hasil daripada Urusniaga Pertukaran
b) MPSAS 23 - Hasil Daripada Urusniaga Bukan Pertukaran
Objektif Kursus:
a) Memberi pendedahan, pengetahuan dan pemahaman berkaitan perakaunan hasil Kerajaan berdasarkan asas akruan dan piawaian MPSAS.
b) Meningkatkan kemahiran dan mutu kerja dalam perakaunan hasil dikalangan pemungut hasil Kerajaan Negeri.
