News

 

Sesi Verifikasi Anugerah Agensi Terbaik Dalam Pematuhan Kewangan

Posted on 27 Aug 2025
Source of News: Unit Hasil
Jabatan Perbendaharaan Negeri telah terpilih antara 10 agensi yang layak untuk Anugerah Agensi Terbaik Dalam Pematuhan Kewangan yang dianjurkan oleh Unit Audit Dalam, Jabatan Primier Sarawak. Pihak Unit Audit Dalam (UAD) telah menjalankan sesi verifikasi dokumen di Jabatan Perbendaharaan Negeri pada  25.8.2025 yang lepas. Rombongan Unit Audit Dalam telah diketuai oleh Puan Lee Joon  Pei bersama 2 pegawai UAD iaitu Puan Christie Chan Anak Engkuni dan Encik Patrick Anak Sidi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Datu Hajah Elean Binti Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak. 

Antara kategori yang disemak dan dinilai adalah :
  • Pengurusan Organisasi
  • Pengurusan Belanjawan
  • Kawalan Terimaan
  • Pengurusan Perolehan
  • Pengurusan Perbelanjaan dan Pembayaran
  • Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun Deposit
  • Pengurusan Aset Alih
  • Pengurusan Stor
  • Pengurusan Kenderaan
Sesi penutupan verifikasi telah dirumuskan oleh Puan Lee Joon Pei yang dipengerusikan oleh Encik Christopher Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak. Jabatan amat menghargai pandangan dan rumusan yang diutarakan oleh pihak AUD.
 

Sesi Pengesahan untuk Anugerah Agensi Terbaik dalam Pematuhan Kewangan


© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 22 Sep 2025

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman