Sesi Libat Urus 2025
Disiarkan pada 28 Aug 2025
Sumber Berita: Unit Hasil
Unit Penyata Kewangan telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Pegawai Pengawal pada 28.8.2025 bertempat di Hotel Imperial, Kuching. Majlis dirasmikan oleh Encik Christopher Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak. Turut hadir ke sesi ini adalah Encik Galong Anak Luang, Residen Miri dan Encik Morshidi Fredrick, Setiausah Tetap Kementerian Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Hadir di Sesi libat urus ini adalah pegawai daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Pejabat Residen serta Akauntan di Perbendaharaan Bahagian Serian dan Samarahan.
Sesi Libat Urus ini adalah acara tahunan Jabatan Perbendaharaan untuk menyampaikan maklumat prestasi perakaunan dan kewangan seluruh Kementerian, Jabatan dan Pejabat Residen. Antara perkara yang disentuh adalah:
Prestasi pengurusan perbelanjaan.
Prestasi pengurusan hasil.
Prestasi pengesahan Penyata Akaun Bulanan.
Prestasi Akaun Amanah
Isu-isu audit dan inspektorat
Selain itu sesi libat urus ini juga merupakan platform strategik untuk bertukar pandangan, menilai pencapaian, mengenal pasti cabaran dan serta merangka pelan tindakan bagi meningkatkan prestasi perakaunan dan kewangan di peringkat kementerian dan jabatan negeri. Timbalan Akauntan Negeri dalam ucapan aluannya menekankan tanggungjawab semua Kementerian dan jabatan untuk bersama memastikan segala laporan kewangan dan pencapaian perakaunan adalah tepat, telus dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Beliau percaya dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, pengurusan kewangan kerajaan negeri dapat diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Sarawak yang berterusan.
