Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bersama Kelab Sukan Dan Rekreasi (KESTURI) Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan
Team Building Jabatan Perbendaharaan pada 17-18/10/2025 di Stadium Perpaduan Kuching. Team Building telah dirasmikan oleh Encik Christopher Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak. 5 rumah sukan bertanding dalam pelbagai acara iaitu Rumah Delta (Kuning), Alpha (Merah), Beta (Biru), Gamma (Hijau) dan Zeta (Oren). Pelbagai sukan dipertandingkan antaranya bola jaring, badminton, karom, dart, ping pong dan sukan rakyat. Juara keseluruhan adalah Delta, Naib Juara (Alpha), Tempat Ke-3 (Beta), Tempat ke-4 (Gamma) dan Tempat ke-5 (Zeta).
Klik untuk lebih gambar