Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) telah mengadakan lawatan tanda aras ke Bahagian Perkhidmatan Operasi Dan Agensi (BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Putra Jaya pada 8-10 Disember 2025 yang diketuai oleh En. Christpher Danan ak Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak bersama rombongan seramai 15 orang pegawai.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pencerahan mengenai pembentangan penyata kewangan mengikut format Kerajaan Persekutuan selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dan lain-lain isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan.
