Berita

 

Lawatan Tanda Aras Ke Kementerian Keuangan Republik Indonesia

Disiarkan pada 26 Jan 2026
Sumber Berita: Seksyen Polisi Perakaunan

Lawatan dua hala ke Jakarta, Indonesia telah dilaksanakan pada 19-23 Januari 2026. Delegasi telah diketuai secara bersama oleh Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri Sarawak, dengan penyertaan pegawai-pegawai daripada Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri (SFS) dan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS).

Lawatan strategik ini bertujuan untuk menjalankan kajian perbandingan serta perkongsian pengetahuan yang mendalam mengenai pelaksanaan perakaunan akruan di peringkat Kerajaan. Inisiatif ini penting bagi memastikan transformasi sistem perakaunan Kerajaan Sarawak selari dengan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa.


 Lawatan Tanda Aras Ke Kementerian Keuangan Republik Indonesia
 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 16 Apr 2026

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman