KUCHING, 28 April 2026 – Mini Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) Peringkat Jabatan Premier Sarawak (JPS) 2026 yang berlangsung pada
26 hingga 30 April 2026 telah menjadi platform penting dalam menghimpunkan jabatan/agensi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) untuk mengetengahkan idea-idea kreatif dan penyelesaian inovatif dalam perkhidmatan awam.
Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) turut mengambil bahagian secara aktif dalam konvensyen berprestij ini sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya kerja yang inovatif, efisien dan berimpak tinggi ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Kemuncak penyertaan jabatan ini terserlah pada 28 April 2026, apabila dua kumpulan telah tampil membuat pembentangan dengan penuh yakin dan cemerlang, iaitu Prime Asset Pioneers (PAP) dan Treasury Titans.
Kumpulan Prime
Asset Pioneers (PAP) telah membentangkan tajuk berkaitan ketiadaan rekod perakaunan aset yang sistematik di peringkat Kerajaan Sarawak. Manakala kumpulan
Treasury Titans pula mengetengahkan tajuk kelewatan pembayaran melibatkan cek tamat tempoh.
Kedua-dua kumpulan telah memperlihatkan tahap kreativiti, inovasi serta pemikiran strategik yang tinggi dalam merangka penyelesaian yang bukan sahaja relevan, malah berpotensi untuk dilaksanakan secara menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan.Penyertaan ini jelas mencerminkan kesungguhan JPNS dalam memacu kecemerlangan melalui inovasi, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih dinamik, responsif dan berdaya saing.
