Pada 29 November yang lalu, pihak MPC telah berkunjung ke Ibu Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak dalam rangka lawatan pengauditan bagi Pembaharuan Pensijilan 5S. Pemangku Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, Puan Hajah Elean Masa'at selaku Pengerusi 5S dan Puan Juliana Hadari selaku Timbalan Pengerusi 5S telah menyambut wakil MPC bersama dengan Jawatankuasa 5S Jabatan.