picture

 

About Ministry 1


foto akauntan negeri

Info kami

Pembentukan sesebuah jabatan kerajaan atau badan-badan berkanun oleh kerajaan adalah keperluan pentadbiran bagi membantu merancang, melaksana, mengurus dan memantau setiap perencanaan dan tanggungjawab kerajaan yang perlu dipikul demi kemaslahatan masyarakat seluruhnya. Justeru kewujudan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS)  amat signifikan dan relevan sejak tahun 1948.

Pada masa kini JPNS diterajui oleh Akauntan Negeri Sarawak,  selaku pegawai perakaunan utama bagi kerajaan Negeri, bertanggungjawab kepada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak bagi kerja-kerja perakaunan Perbendaharaan Negeri. Ibu pejabat JPNS terletak di Bangunan Baitul Makmur II, Kuching. Sebelum ini JPNS beroperasi di bangunan bersebelahan dengan Balai Polis Pusat Kuching di Jalan Barrack sehingga tahun 1998. Ia merupakan bangunan lama dan bersejarah yang telah merakam banyak peristiwa bersejarah di Negeri Sarawak. Banyak perubahan telah berlaku sejak 1948. Sekali lagi, Jabatan Perbendaharaan Negeri kemudiannya perpindah ke Tingkat 7 hingga 11, Menara Pelita, Kuching sehingga 27 Februari 2020. Banyak kenangan dilakarkan sepanjang penubuhan jabatan.

Sistem dan prosedur kerja, serta peruntukan undang-undang diubah dan yang baru diperkenalkan supaya kerja boleh dilaksanakan dengan lebih efisien. JPNS juga telah banyak melaksanakan usaha dalam bidang kualiti dan produktiviti. Falsafah kerja yang membawa kepada peningkatan produktiviti diperkenalkan. Usaha-usaha terus dijalankan oleh kepimpinan JPNS untuk mempastikan JPNS kekal efisien dan produktif.

 

© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 22 Mar 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

picture Undian
picture Pengumuman